Ahad, 27 Julai 2014

Sunnah dan adab menyambut Hari Raya Aidilfitri


Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.
Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
 
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

8. Solat Hari Raya.

 Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. 

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.

 Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).
Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya.

 Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Kesalahan yang dilakukan pada hari raya

Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.

Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun 2014 ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.

Jumaat, 20 Jun 2014

Persiapan hadapi Ramadhan 2014

Salam semua..




Ramadhan 2014 semakin menjelma..cuma tinggal 7 hari sahaja dari post ini dicatat. Semoga Ramadhan 2014 ini adalah ramadhan terbaik yang pernah kita hadapi.InsyaAllah.. Jom baca sikit apa persiapan yang perlu kita ambil menghadapi Ramadhan ni..

10 PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

 

1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat.

 Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)


Parasalafussoleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya: Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.


2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.”

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.


“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. 

Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.


5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.

“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]


6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,”  [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]

7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruh kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.


9.  Hiasilah rumah dan diri. Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti menggantung banner “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah  contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.

10.    Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
  • Kepada Allah, dengan taubat nashuha
  • Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
  • Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
  • Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

Oklah..berjumpa lagi di lain waktu.

Selasa, 27 Mei 2014

Selamat Bercuti Pertengahan Tahun 2014

Admin mengucapkan selamat bercuti panjang pada semua murid-murid dan para guru di seluruh Malaysia. Cuti ini bermula dari 28 Mei 2014 (Rabu) - 15 Jun 2014 (Ahad) selama 18 hari.


isilah masa lapang ini dengan aktiviti berfaedah.


TEMUAN BAHARU
SKTAR DIHATIKU

Isnin, 7 April 2014

Takraw MSSD 2014

Salam 1 sukan..

Nama kejohanan : Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor
Tarikh : 1 April 2014
Waktu : 8.00 pagi -6.00 petang
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw Gesir Tengah

Pemain sesi 2014 bersama pengurus Ustaz Aziz

Pada 1 April 2014 ( Selasa) telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor bagi tahun 2014. Pertandingan tersebut telah dihadiri oleh kebanyakan sekolah kebangsaan di daerah ini. Penyertaan pada tahun ini lebih banyak berbanding tahun sudah. Penyelaras Takraw daerah Encik Saiful Nahar bin Mokhtar dari SK Seri Fajar telah memaklumkan pada semua jurulatih pasukan sekolah-sekolah dengan 33 regu berbanding 21 regu pada 2013.


Pasukan Sepak Takraw SKTAR tahun ini sekadar menduduki ke peringkat Suku Akhir yang mana diraih oleh Regu B. Pada tahun ini juga regu SKTAR gagal mempertahankan kejuaraan kejohanan pada 2013 yang lalu. Persiapan seterusnya adalah menghadapi kejohanan Sukan Murid orang Asli pada bulan 10 tahun ini.Pasukan Sepak Takraw telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah.

Berikut merupakan pencapaian pasukan :

REGU A : Naib Juara Kumpulan A
REGU B : Juara Kumpulan E
REGU C : Juara kumpulan K
Pencapaian terbaik edisi 2014 :
REGU B : Suku Akhir

duduk kiri : Aiman,Ragus,Ikmal Daniel, Aeri Zurizal, Emran,Khairul Nizam
Berdiri kiri : Zul, Alfizan, Zulkamirul Nizam, Reman, Razil, Superi

Saringan kumpulan

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan A ( Regu SKTAR A)

SKTAR A : 30
SK Seri Keledang A : 18
 
 (SKTAR menang)

-----------

SKTAR A : 18
SK Gesir Tengah B : 30

(SKTAR tewas)

--------------

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan E ( Regu SKTAR B)

SKTAR B : 30
SK Batang Kali B : 28

(SKTAR menang)

SKTAR B : 30
SK Kalumpang B : 28

(SKTAR menang)

------------------

Keputusan perlawanan peringkat kumpulan K ( Regu SKTAR C)

SKTAR C : 30
SK Seri Fajar C : 23

(SKTAR menang)

--------------

SKTAR C : 30
SK Kampung Soeharto : 27

(SKTAR menang) 

---------------------------------------------------------------------------------------

Pusingan 2 ( Kalah keluar)

SKTAR A  Vs.  BBBK C
15-9
16-17
15-13

(SKTAR A tewas)
 
-----------

SKTAR C  Vs BBBK B
7-15
7-15

(SKTAR C tewas)

......................................................................................................................................
Suku Akhir 

SKTAR B  Vs SK KKB2

13-15
15-19
9-15
(SKTAR B tewas)
----------------------------------------------------------------------------------------------


 Regu A 
Kiri : Ragus, Alfizan, Aiman , Zul
 
 Regu B 
Kiri : Zulkamirul Nizam, Ikmal Daniel, Emran, Razil

 
 Regu C
Kiri : Aeri Zurizal, Reman, Khairul Nizam, Superi


Terima kasih diucapkan tidak terhingga pada Guru Besar Encik Abdul Rahman yang menjemput pemain dan pegawai pengiring ke teratak indah beliau di Kampung Gesir Tengah tidak jauh dari gelanggang perlawananan. Tahun depan kita akan pertahankan lagi kejuaraan 2013 yang lalu. itu azam kami.

Jumaat, 21 Mac 2014

Doa untuk MH370

#Doakan untuk MH370


Rabu, 12 Februari 2014

MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
 
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya::

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A'raf 12)


KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

(Al An'am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Sabtu, 1 Februari 2014

6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini

Salam..Untuk perkongsian bersama.. Jom baca



Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada mana-mana pihak.

Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar dari hutang.

1. Senaraikan hutang-hutang mengikut keutamaan: Siapkan satu senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu
2. Berhenti dari menambah lagi hutang: ketika anda di dalam proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

3. Audit perbelanjaan anda: Anda mesti menyenaraikan semua perbelanjaan-perbelanjaan anda itu. Tujuannya adalah untuk mengetahui di mana berlakunya pembaziran. Mungkin anda masih membayar bil handphone pada harga yang tinggi walaupun ada kadar yang lebih menjimatkan. Mungkin anda terpaksa menghentikan langganan Astro sebagai contoh. Walaupun anda fikir anda cuma berbelanja RM80 sebulan untuk Astro tetapi jika anda berhenti anda akan jimat RM960.00 setahun! Mungkin anda boleh jimat dengan membeli barang-barang keperluan di Mydin daripada berbelanja Giant contohnya. Semua penjimatan ini anda boleh masukkan ke dalam tabung khas untuk membayar hutang-hutang anda itu.

4. Jangan guna kad kredit : Kepada sebahagian besar masyarakat akibat menggunakan kad kreditlah menjadi penyebab utama mereka jatuh ke dalam lembah berhutang. Dengan kad kredit amat mudah untuk kita berbelanja tanpa mengambil kira samada kita mampu untuk membayar pembelian tersebut. Membayar pada kadar minima tiap-tiap bulan membuatkan bunga pada pembelian kad kredit anda itu bertambah-tambah. Jadi mulai dengan menutup semua akaun-akaun kad kredit anda itu yang anda tahu akan menyusahkan hidup anda. Percayai dengan slogan “Cash is King”.

5. Mulakan untuk menabung : Menabung adalah satu kemestian. Mulakan walaupun dengan amaun yang kecil tetapi mesti konsisten. Siapkan 3 tabung khas di atas meja sebelah katil anda. Satu untuk membayar hutang, satu untuk tabungan dan satu untuk bersuka-ria. Tentukan kadar-kadar bagi tiap-tiap satunya, contoh 10% untuk membayar hutang, 10% untuk tabungan dan 5% untuk bersuka-ria. Jadi apabila anda mendapat apa-apa bayaran atau gaji, bayar kepada tabung-tabung ini dahulu.

6. Buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan : Tidak mudah untuk kita membayar balik hutang kita dengan menggunakan gaji atau pendapatan yang kita dapat tiap-tiap bulan. Lebih-lebih lagi kepada anda yang makan gaji dan menerima pendapatan yang tetap tiap-tiap bulan. Jadi untuk kita menambahkan lagi pendapatan kita haruslah mencari punca pendapatan yang lain. Ramai yang berniaga atau bekerja pada hari cuti. Ramai juga yang berkecimpung di dalam perniagaan secara online. Ini adalah kerana, berniaga secara online tidak memerlukan anda untuk sentiasa di situ. Pasaran di internet juga berkembang dengan amat pesat. Ramai pembeli sekarang konfiden untuk membuat pembelian di internet. Salah satu perniagaan di internet yang mendapat perhatian ramai kerana bermodal kecil dan berkembang pesat adalah Exfuze Seven Plus Klasik Malaysia ini. Anda juga mempunyai peluang yang cerah dengan risiko yang amat rendah.

Selamat mencuba langkah-langkah ini!

Rabu, 29 Januari 2014

fattabiouni : Ikutilah aku ( Nabi Muhammad SAW)

Salam...

Rancangan kegemaran penulis setiap hari di TV al Hijrah 114 Astro. Rancangan ini mengisahkan tentang kehidupan Rasulullah SAW mendepani  rutin dalam kehidupan seharian baginda . Penulis akan cuba menonton rancagan berdurasi 10 minit ini. Fattabiouni bermaksud : Ikutilah aku. (Nabi Muhammad saw)

fattabiouni theme song

Khamis, 9 Januari 2014

KALENDER : MASEHI VS ISLAM

Salam..

Tahun 2014 Masehi dah pun menjengah hampir 10 hari. Hari ini 9 Januari 2014. Dah masuk tahun baharu rupanya. Sedar tak sedar dah 7 tahun menabur bakti di sekolah ini. Sampai bila penulis akan terus berada di bumi SKTAR ini hanya masa dan takdir yang menentukan. 

Harini penulis cuma nak kongskikan tarikh bulan Islam . Terutama yang sambut hari lahir . Kita sering ingat bila hari, bulan dan tahun Masehi . Itu dah memang lumrah alam sekarang. Tapi kenapa kita tak try cuba tahu bila dan bulan apa tahun Islam kita dilahirkan. 

Ok , macam penulis : 14/10/1982 AD (Khamis) = 25/Zulhijjah/1402 AH
                     Isteri penulis : 16/5/1985 AD (Khamis) = 25/Syaaban/1405 AH

Wah,sama hari khamis lahir tu dalam bulan Islam,, hari dalam bulan Islam pun sama.. 25 haribulan. 

Untuk anda mencuba tarikh dan kalender Islam dan mengira sendiri bilakah anda tanggal yang ingin diingati boleh rujuk di sini.  Tekan di gambar bawah.


Sekianlah untuk perkongsian bulan ini. Sampai jumpa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...