Isnin, 26 Ogos 2013

Contoh Laporan Perlaksanaan Kem Bestari Solat






PK01/3

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
1.         Nama Program                       : Kem Bestari Solat Kali Pertama
2.         Tarikh                                      :
3.         Hari / Masa                             : Sabtu / 7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
4.         Tempat                                    : Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak KKB
5.         Objektif                                   : Program ini diharap dapat :

·         Murid dapat berwuduk dengan sempurna
·         Murid dapat mengetahui bilangan-bilangan rakaat dalam solat
·         Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada bersendirian atau berjemaah.

6.         Sasaran                                   : Murid-murid Tahun 1- 6
7.         Butiran Aktiviti                         :

            a)  Pendaftaran peserta program ( Murid-murid Tahun 1-6)

b) Slot 1 – Guru member penerangan awal berkaitan dengan wuduk (Niat wuduk,anggota wuduk, dan doa selepas wuduk ) dan solat (niat solat dan bacaan dalam solat).

c) Rehat

d) Slot 2 – Pembahagian Kumpulan LDK
            Tahap 1 : 3 Kumpulan
            Tahap 2 : 3 kumpulan


e) Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke 3 stesen iaitu :
            Stesen 1 : Wuduk
            Stesen 2 : Bacaan dalam solat
            Stesen 3 : Perlakuan dalam solat.

f) Guru yang berada di stesen-stesen tersebut akan membuat penilaian pencapaian murid berdasarkan borang-borang penilaian yang diberikan setiap stesen.

8.         Penilaian Program :

            8.1 Kekuatan program :
Murid dapat menguasai dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal.  Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian mereka di setiap stesen yang merangkumi wuduk, bacaan dalam solat dan perlakuan solat. Penglibatan semua Guru Pendidikan Islam amat begitu baik sehingga Kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

8.2 Kelemahan program :
 Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara menyeluruh terutama kepada Tahap 1.

8.3 Cadangan Penambahbaikkan :
Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara menyeluruh terutama kepada Tahap 1. Ini perlu di ambil tindakan serius seperti membuat perubahan aktiviti yang lebih sesuai untuk tahap 1 bagi memastikan murid-murid ini dinilai pada semua aspek berkaitan dengan wuduk dan solat.



9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi        : En. Abdul Rahman bin Abdullah ( Guru Besar )
N.Pengerusi 1 : Pn. Rokiah binti Hassan ( PK 1)
N.Pengerusi 2 : Pn. Rosidah binti Mahamed Ahyar ( PK HEM)
N.Pengerusi 3 : Pn. Jashiah binti Rabu ( PK Kokurikulum)
Penyelaras      : Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah
Ketua Panitia   : Ustazah Nor Hayati binti Nawawi.

AJK Perlaksanaan

AJK Pendaftaran
Ustazah Asfarina binti Ghazali

AJK makanan dan minuman
Ustazah Rogayah binti Abdullah

AJK Dokumentasi dan penilaian
Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah

AJK Teknik dan peralatan
Ustazah Nor Hayati binti Nawawi

AJK Pamplet
Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah

Urusetia dan Fasilitator
Semua Guru GPI

10 . Penutup ;

Model KBS ini adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakn. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum dalam semua sekolah tapi ia perlu dilaksanakan. Aspek solat ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelakajaran Pendidikan Islam. Guru j-QAF bersama dengan Guru Pendidikan Islam akan menggunakan sebahagian waktu untuk menerap dan mengukuhkan aspek solat kepada murid-murid secara mingguan.

Disediakan Oleh  :                                          Disemak :                                Disahkan :

…………………………….                  …………………                         
Ustaz Abd.Aziz b. Abdullah
Guru j-QAF SKTAR 2013


11.      Bukti  Bergambar  Kem Bestari Solat Siri 1

 

Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI

Saya Abdul Aziz bin Abdullah dan isteri, Nur Elena binti Mahamad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijriah yang akan disambut esok 9 Ogos 2013. Kami juga memohon keampunan mohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan sama ada kami sedari atau tidak. Tahun ni kami  raya berdua..;-) .Pengalaman baru.



SELAMAT HARI RAYA PUASA, 
MAAF LAHIR DAN BATIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...