Selasa, 30 Oktober 2012

kUALA kANGSAR DI aIDIL aDHA


 Salam Aidiladha..

Pada 10 Zulhijjah 1433 bersamaan Jumaat 26 Oktober 2012 penulis bersama 8 buah kereta sanak saudara telah bergerak ke Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan. Ini merupakan kali pertama penulis sampai ke sini. Agak jauh juga dari Daerah sabak Bernam sekitar 100KM lebih perjalanan. Melalui Sabak Bernam- Teluk Intan- Ulu Dedap- Tanjung Belanja- Manong-Kuala Kangsar pada petang jumaat tersebut sungguh lancar. Allah mudahkan urusan. 

 
Penulis dan kedua mempelai. 

Tujuan utama kami ke sini adalah untuk mengiringi adik sepupu penulis belah ayah iaitu Farizul bin Kamaruddin. Hampir 8 keluarga bersama menghantar pengantin baru tersebut. Dengan menginap di 3 buah Homestay di Lubuk Merbau Kuala Kangsar pada senja awal 11 Zulhijjah itu penuh kedamaian. Homestay yang penulis duduk ni pun betul2 depan surau. Kawasan Taman ni buat sembelihan kerbau. agak unik.

Penginapan kam di Lubuk Merbau Perumahan Taman Impiana. Sangat selesa dan best..sejuk je.

Majlis akad nikah beliau pada malam tersebut juga berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Maka selamatlah sudah status adik sepupu tersebut menjadi suami orang. Alhamdulillah. Tapi penulis kena demam selesema pulak sebab cuaca sejuk sangat malam tu di rumah . Malis walimatul urus beliau juga masih ramai meski sampai sesudah jam 2.00 petang. Jika di Sungai Besar waktu macam tu biasanya orang dah ramai beransur pulang.



Sesudah jam 4.00 petang kami pun pulang ke Sungai Besar.. Sebelum tu sempatlah kami menjamah durian yang dibeli secara pukal di Pondok tunggal menjual durian di Ulu Dedap Perak. Pakcik tu pun jual murah je..Selonggok RM120.00. Dapatlah 8 biji kereta merasa . Alhamdulillah. Tiba di Sungai Besar pada ahad 28 oktober jam 7.00 malam.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Awan terpilu itu sudah berlalu

 Salam..

Gambar2 ni adalah hasil rakaman penulis ketika OTW pergi dan balik dari KKB pada semalam. Biarlah yang berlalu itu menjadi sejarah..tiada bumi yang tidak ditimpa hujan.  Biarkan gelap mendung itu menjadi peneduh pada saat2 sukar dan temanilah langit yang terwarna dari kesyahduan dan keceriaan menjadi titik permulaan mengubah takdirmu dengan doa.. dan nikmatilah ketenangan dan kebahagiaan bila mana mentari muncul memberi sinarnya...semua itu rencana terbaik dari Tuhan ku untuk ku... Thanks ALLAH


   
Maha gelap..menempuh onak dan ranjau hidup yang tak mudah dikisahkan.

 
 Mungkinkah sinar itu kembali di waktu yang kusam dan malap?

 Bila mana kesedihan diganti dengan jalur-jalur suria petang..

 Apakah sinar hidup ini kembali ke fitrah asalnya? 

Tidaklah kau cipta ini dengan sia-sia.. Kau sebaik-baik perencana makhlukNya. 


Acap penulis mendengar,jangan sedih bila mana hujan petang kerana Allah nak beri pelangi dalam hidup..Nahhh.. harini memang trbukti segala mehnah dalam hidup ini perlulah dilalui dengan pasrah dan redha. Tidak semua yang kita rancang akan berlaku dan tidak semua yang kita sedaya upaya menghalang maka ia terhalang.

Ahad, 14 Oktober 2012

Terima kasih Ya Allah atas udara yang kuhirup ini..

Alhamdulillah..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harini genap umur penulis 30 tahun..ape?! 30 tahun..jeng3..macam tak percaya je dah masuk 3 siries. Takpelah..moga penulis lebih tabah menghadapi mehnah dan ujian hidup ini. Terima kasih ya Allah atas kesempatan udara yang kuhirup dan kuhembus ini..Ku bermohon agar daku dikurniakan keberkatan umur, kesihatan yang baik untuk beribadah, ketenangan hidup, kebahagian bekeluarga, rezeki yang halal melimpah ruah, ketenangan di dunia dan akhirat.

________________________________________________________________________________

Sabtu, 13 Oktober 2012

Semi Final Piala Malaysia 2012


 


 Salam..

Debaran separuh akhir piala Malaysia edisi 2012 berakhir malam tadi (12 Oktober 2012) jam 11.00 malam apabila Selangor tumpas 0-2 di Shah Alam. Penulis dan cikgu Aziz dari sekolah Tun razak bersama pergi ke Shah Alam pada jam 5.00 petang lepas hantar wife beliau di Seri Segambut KL pada jam 4.00 petang. Myvi penulis meredah hujan lebat sejak dari Rasa lagi hinggalah ke Jalan Duta. 


 Seusai itu penulis pergi solat asar dulu di Masjid al-Qurtubi Segambut untuk solat asar.Masid ni cantik ada 3 tingkat. Tingkat atas disediakan kelas agama untuk murid2. Dekorasi masjid ni pun indah dengan asma'2 Allah. 

 
 Perkara first dah sampai luar stadium adalah cari tiket dulu. Harga RM15.00.Masa ni pun dah pukul 7 malam.

Berenti dulu untuk makan malam dan solat maghrib berjemaah bersama penyokong kedua-dua negeri di Pasaraya Giant. 

 
Selamat Datang ke Shah Alam. Last pergi sini friendly Selangor-Perak tahun 2006. 

 Puluhan ribu penyokong merah kuning. This Is Selangor!

 Di hujung sana penyokong2 kelantan. Majoriti stadium adalah penyokong Selangor. 

Memang best tengok secara live..Dapat tengok pemain ternama dari kedua pasukan. Provokasi ringan tu perkara biasa dalam bola sepak antara penyokong. Tapi penulis takdelah terikut2 rentak orang lain. Terhibur meskipun tewas 2-0 dalam 90 minit permainan. First half 0-0 sebelum Kelantan menerusi Ghadar minit 84 dan Razi minit 90. Terdahulu Selangor tumpas di Kota Bharu 1-0. So agreget 3-0.Rupanya Family kak ngah penulis pun ade kat sini cuma tak terserempak je.


Gambar blur sebab amik pakai handset je. 


Penulis sekali lagi mengharungi kesesakan balik ke KKB. Tersangkut di Shah Alam sebelum masuk ke highway dalam 30 minit.Sampai rumah dah pukul 1.30 pagi..huhuhu.

Bye.

Rabu, 10 Oktober 2012

Program Pemantapan Akidah 2012

 Salam..

Pada 9 Oktober 2012 ( Selasa) bertempat di Masjid As-Salam bukit Sentosa Bukit Beruntung pada jam 8.30 pagi- hingga 4.15 petang, berlangsung satu Program Pemantapan Akidah Pendidikan Islam Sekolah Rendah bagi Daerah Hulu Selangor untuk tahun ini. Pada tahun sebelumnya berlangsung di Masjid ar-Rahimah KKB.  Program ini disertai oleh 3 murid Islam iaitu Firdaus Mohd Nor (thn 6), Rahim (Thn 5) dan Zulkiflee (Thn 5).Guru pengiring adalah penulis sendiri. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ke sana dan pada hari semalamnya juga lancar dengan surat kebenaran keluar murid dan persiapan murid untuk ke sana.Terima kasih pada UstazahAsfarina yang juga banyak membantu sebelum membawa murid keluar. Antara pengisian program itu seperti Islam satu anugerah, Indahnya Islam dan Stesen dikendalikan guru-guru Pendidikan Islam daerah ini. Murid2 pun seronok. Setiap sekolah perlu hantar 3 murid Islam tahap 2 .
 

 Sebelum bertolak dari sekolah. Sucinya bila mereka bersongkok. :)

 
Antara para peserta program. MC adalah Ustaz Bakhtiar bin Matal dari PPDHS.

  Berkongsi ceritera bersama guru2 P.Islam. 

Peserta dari SKTAR menerima sijil penyertaan dan sedikit makanan ringan 
sebelum berpisah.

Penulis pun nak kongsi pengalaman jugak..hihi2..inilah kali pertama pi Tesco Bukit Beruntung..Sementara murid2 terlibat ceramah,penulis dan Ustaz Ipin SK Batang Kali dan Ustaz Ikram SK Antara Gapi pekena dulu ABC dalam kiosk pasaraya tersebut. Sebelum tu pergi sarapan roti kosong dengan Ustaz Hasan dari SK Bandar Sungai Buaya di Restoran Sentosa (mamak) dalam pekan bukit sentosa tu...rancak bercerita tentang perubatan Islam beliau lakukan di waktu senggang. 

Alhamdulillah,kami tiba di pintu hadapan sekolah pada jam 4.40 petang. Minta mereka bertiga terus tunaikan solat Asar di Surau asrama. Mendungnya petang ni...syukur ya Allah atas rezeki mu di langit. 


Ahad, 7 Oktober 2012

Gerangan apa buatku ke mari?

Salam..

Sebenarnya hari tersebut Sabtu (6 Oktober 2012) penulis takde niat pun nak pergi jalan2..ingatkan lepas je bersarapan pagi roti sardin dan teh halia kurang manis di Restoran Mai Selalu Taman Gamelan KKB pagi tu penulis nak balik rumah terus di taman Ampang Pecah sementara tunggu baju kering dan lipat n balik kampung.  Tapi takpelah..jalan2 sikit..lagipun kereta dah lama tak jalan start Isnin lepas (hampir2 nak pergi USJ 23) bawa murid kesana.Takut dibiar lama enjin jadi sebu.

Dalam pukul 10 pagi penulis gerak ke Batang Kali..cadangnya nak pergi Econsave je nak beli barang2 toiletries..sudahnya tak pergi pun ke sana..Maka melajaklah hingga ke Ulu Yam nak amik air bukit..hmm..dah alang2 sampai sini apa kata aku drive terus je pergi Sungai Tua.Lagipun rasanya inilah first time penulis drive sendiri ikut jalan ni..sebelum2 ni asyik follow orang je pi KL  ikut sini.

Ada satu tempat di Sungai Tua yang menarik minat pelancong tempatan untuk ke mari tapi ramai tak disedari penduduk berhampiran sini..Hutan Lipur Ulu Yam yang diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor. Kawasan ni taklah jauh sangat dari KKB hanya sekitar 25km sahaja. Perjalanan berbukit dan menghijau di kiri kanan jalan menambah kedinginan pada pagi tu.

Ada perkara yang mengetuskan hati kecil untuk penulis sampai ke sini sebenarnya..hmm..takpelah..Biarlah pengalaman itu menjadi pengajaran berguna. Jangan terlalu percaya pada seseorang . Ini merupakan first time penulis sampai ke sini. Best tempat ni..

Inilah sign board utama yang terletak betul2 di tepi jalan utama Sungai Tua KL-Ulu Yam
 
 
 Cuma..nak masuk sini kena bayar dulu..huhuhu..takpelah.Tak mahal pun RM 1.00 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak.

 
 Tempat ni still terpelihara dengan tumbuhan hijau hutan khatulistiwa dan tidak tercemar..yelah..dah ade penjaga yang di bayar untuk kawal selia tempat ni..cuma tandasnya sahaja yang tak berapa ok. lagi pulak kena guna air sungai yang disedut dari mesin ke tandas..Harap teguran penulis dapat memberi imej yang lebih baik pada unit pengurusan hutan lipur ni. :)

 Dalam banyak2 tag pokok di sepanjang siar kaki di tepi sungai tu ada sesuatu yang menarik minat penulis..hihihi.. Lawak kan nama pokok ni. ;-P

 Eksplorasi lone ranger.tiada bawak baju mandi.hanya berbekalkan kamera phone dan kereta membawa daku ke mari. Orang lain siap berBBQ bersama kawan dan family..hahahaha

 Tak lama pun penulis kat sini..adalah 1/2 jam.agak rugi juga yelah dah la kena bayar tapi tak mandi dan pergi pun kejap je..hehehe.. Penulis pun nak gerak balik dah..sepanjang laluan pintu masuk dan keluar kat sini ade kedai2 menjual cenderamata,makanan ringan dan lain2.

 Pintu gerbang ke Hutan Lipur Ulu Yam sungai Tua Gombak.

Penulis gerak semula ke KKB dan berehat kejap di Ligamas Batang Kali untuk jumpa kawan lama.Rupanya dia dah tak kerja situ lagi..Ingat lagi pada abang jimi mekanik motor yang selalu penulis sembang dengan dia kalau tukar miyak hitam dan lain2.Masa time penulis bawak motor area tahun 2007-2008 selalu penulis pergi kedai motor dia di sini. Semoga abang jimi maju jaya.

Karnival sukan murid Asli Selangor 2012

 Salam..

Pada 1 dan 2 Oktober 2012 (Isnin dan Selasa) penuls diiringi 2 guru pengiring Puan Jashiah PK Koku dan Pn Noor Hafiza Ridzwan Jabier telah menghantar kontijen daerah Hulu Selangor yang merupakan atlit2 tunggal daerah berikutan hanya sekolah Tun Razak sahaja merupakan sekolah asli di Hulu Selangor. So secara automatik dah pun layak mewakili daerah ke Peringkat Negeri Selangor dalam Kejohanan Karnival Murid2 Orang Asli 2012.

 Hari Pertama

Pada hari Isnin,merupakan hari pertama kejohanan..asalnya hampir kami naik kereta sendiri tapi syukur sebelum masuk Bukit Beruntung dapat call dari Pn Serina Unit Sukan PPDHS mengatakan driver van daerah iaitu abang Jais dah ada kat sekolah pada jam 7.20 pagi tu..so kami pun arrenge jumpa di depan SMK Ampang Pecah manakala 3 kereta kami parking di rumah penulis. 

 Oh ya,tuan rumah tahun ni daerah Petaling Perdana. Hari pertama di SMK USJ 23.Perjalanan 1 jam tu lancar.Lepas kami registerkan murid dan bersarapan di kantin sekolah ni kami pun duduk di stadium mini sukan ..Bestnya sekolah besar kat daerah maju ni..macam2 kemudahan ade. Acara penutupan terpaksa dilakukan awal kerana hujan lebat pada jam 12.30 Tengahari.

 Pandangan dari atas stadium..Nampak tak kantin sekolah ni?

 Kesemua peserta olahraga dan balapan bersedia untuk karnival kali ini.
 Alhamdulillah,Safira Burat menjadi johan acara 100 Meter
 Acara 200 Meter lelaki.mempertaruhkan adik Halim dan Azerin Sukar.Azerin Sukar mendapat tempat keempat saringan akhir

 Acara Lontar peluru pula melibatkan adik Hazri Salim dan Lina bt Abai. Hazri dapat tempat ketiga

Cikgu Pija dan murid2 olahraga dan balapan 2012 SKTAR@Hulu Selangor

 
Inilah pemenang yang mengharumkan nama sekolah..Hazri Ketiga Lontar Peluru. Zulaiya Johan 200 meter dan safira johan 100 meter. kedua-dua serikandi sekolah ini akan mewakili Selangor di Terengganu pada 16-19 Oktober ini. Tahniah. 

 
Rewarded hari pertama di RnR Jejantas Sg Buloh. Makan KFC.hi3

Hari kedua
 
Pada hari kedua pula (Selasa 2 Oktober 2012) berlangsung kejohanan Sepaktakraw,bola sepak dan bola Baling L/P di Sekolah Kebangsaan Seri Petaling. Perjalanan ke sini agak mencabar tak seperti hari semalam. Dengan mengharungi jem teruk di waktu puncak di highway Subang dan simpang siur di PJ amat menguji kesabaran.Mujurlah kesemua kontijen datang dan dapat mendaftar mengikut masa yang ditetapkan pengelola daerah ini.

Untuk hari kedua ini, SKTAR hanya menumpukan pada acara sepaktakraw sahaja melibatkan 2 regu terdiri dari 8 murid terbaik di Hulu Selangor yang belajar di SK Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu. Penulis dan Puan Jashiah ditemani driver PPDHS abang Jais sampai ke sekolah ini pada jam 9.15 pagi. Kami semua bersarapan dulu di bawah dewan tu ada kantin.

 
 Dewan SK Seri Petaling menjadi gelanggang menguji lawan dan kawan dalam acara takraw.


Ramai sekolah yang menghantar penyertaan takraw kali ini .seingat penulis ada 12 regu melibatkan 10 buah sekolah asli di seluruh Selangor. akan tetapi SK Bukit Tampoi (A) menhantar 2 regu termasuk SK Tun Abdul Razak mengahantar 2 regu saling berjumpa satu sama lain di peringkat separuh akhir. Bukit Tampoi A bertemu Tun Razak B - Tun razak B tewas sengit rubber set. Bukit Tampoi B bertempu Tun Razak A berkesudahan straight set.

Jadi pertarungan adik beradik sekali lagi berlaku apabila Bukit Tampoi berjumpa sesama sendiri di tempat 1 dan 2 sekaligus 2 regu ini layak ke Terengganu. Hanya menunggu 1 lagi regu mengiring mereka di bawah kem Selangor di mana tempat ketiga pasti akan layak bersama sebagai regu C dalam acara berpasukan kebangsaan. Regu B Tun Razak menang tipis atas Regu A Tun Razak berkesudahan deuce rubber seat 18-16.

Pertarungan sengit separuh akhir . di manan Regu B hampir layak ke final apabila bermain 3 set. 3 point terakhir gagal disempurnakan dengan baik mengakibatkan regu B dan A Tun Razak akan berjumpa sesama sendiri di tempat 3 dan 4.



2 kapitan SKTAR A dan B. A (Merah) oleh adik Halim dan B (Biru) oleh adik Nazrul Ikmal. 

 
 Regu Negeri Selangor C. kiri : Shahdil,Zulkamirul Nizam, Nazrul Ikmal dan Azerin Sukar.

 Bersama Guru Besar yang sudi datang untuk memberi semangat pada regu A dan B . 
Kiri : Penulis, acul,shahdil,ulee,carlos dan Tuan GB encik Abdul Rahman.
Duduk kiri : ancha,ramli, pak abu dan halim yang menangis kedukaan apanila tumpas pada regu B.

 Rewared hari kedua : skuad takraw di bawa menikmati aiskrim Baskin Robin dan Dunkin Donut di RnR Jejantas Sunagi Buloh.


Alhamdulillah.satu lagi pencapaian membanggakan dari atlit2 SK Tun Razak bagi tahun 2012. So ada 6 murid sekolah ini layak mewakili Selangor iaitu Safira 100 Meter, Zulaiya 200 meter dan regu B(campuran A dan B ) yang akan dibuat di sekolah nanti bagi mencari 4 pemain takraw terbaik sebagai aset negeri di peringkat kebangsaan itu nanti.

Berjumpa lagi di lain arena. tq :)

Rabu, 3 Oktober 2012

Lawatan ke Cameron Highland 2012

 Salam..

Pada 29 September 2012 (Sabtu) satu lawatan asrama ke Caeron Highland  Pahang anjuran Unit Asrama HEM di bawah seliaan Puan Rosidah bt Ahyar dan PPM Nor Ida binti Mardhiah. Seramai 40 murid tahun 6 , dan campuran tahun 5 dan 4 ikut serta demi menambah pengalaman hidup. Penulis pun dah lama tak pergi sini..last Disember tahun 2009. 

Alhamdulillah perjalanan lancar cuma ade pokok tumbang di Tapah..perjalanan pulang kami ikut simpang Pulai Perak. Tapi sayang separuh gambar terdelete akibat terlalu percaya pada murid tahun 6 pegang kamera...huhuhu.Walau jauh sikit takpe yang penting keselamatan murid. Betul tak?. antara tempat yang dilawati seperti :

  • Ladang Teh Bharat C.Highland
  • Mardi
  • Agro Strawbery  largest park Brinchang
  • Pasar Malam Brichang
  • Rumah Madu.

 Kira cukup x?

 Masa ni memang penulis tengah dapat call nak tanya homestay..waktu nak bergambar la pulak telefon berdering..

 Ke Rumah Madu Cameron Highland 

 Berhenti solat maghrib di Masjid TF Tanjung Malim. Ikut jalan lama keluar exit Behrang.

Suraya dan Norsuhaila..si baju hijau telah mendelete separuh gambar ustaznya..huhuhu. 

Perjalanan dari sekolah pada jam 6.15 pagi itu selesai pada jam 4.30 petang. Kami bergerak pulang ke KKB. Seronok ikut trip kali  ni. Tahniah pada 3 lagi guru pengiring iaitu Cikgu Rokiah, Cikgu Rosidah dan Noor Ida PPM.

KSSR Bahasa Arab Tahun 3 2012

Salam ...

Di aras 2 bangunan ini KSSR P.Islam sedang berlangsung.

Berlangsung di SK Kerling Hulu Selangor pada 26,27,28 dan 29 September 2012. Menghimpunkan semua guru yang mengajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam daerah. Seramai 68 guru terlibat. Alhamdulillah penulis diberi cd dari orang KPM bagi memudahkan pengurusan KSSR.Manakala Ustazah Asfarina Ghazali mewakili SKTAR dalam KSSR P.Islam tahun 3 di bilik Mesyuarat sekolah yang sama. Taklimat untuk Bahasa Arab di buat di Makmal Komputer sekolah berkenaan.


 Masjid Kerling. Waktu solat zuhur,hanya berjalan kaki je ke masjid Kerling dengan ustaz Omar dari SK Taman Bunga Raya 1. tak jauh pun dari sekolah ni..

 Peserta kursus.

Rupanya ustaz Bakhtiar bin Matal yang juga bekas ustaz P.Islam di sekolah ini telah menjadi penolong j-QAF daerah secara pinjaman bagi membantu ustaz Shamsudin Penyelaras j-QAF daerah. urusetia oleh ustaz Syuib SK Serendah dan Ustaz Rasyid SK Bukit Sentosa. Perserta lelaki tak ramai pun..ade la dalam 9 orang je. Ustaz Adli dar SK Sungai Choh, Ustaz Hishamudin dari SK KKB 1, Ustaz Nizam SK KKB, ustaz Rosdi SK Seri Keledang, Us Khairi SK Selisik, Us Hasan SK Bandar Sg Buaya, us Zakhuan SK Lembah Beringin dan Us Omar Sk Taman Bunga Raya 1. 


 Perbincangan ilmu

Pada slot terakhir kursus hari sabtu 29/9/2012 penulis tak dapat hadir kerana mengikuti lawatan sambil belajar murid asrama ke Cameron Highland. Perkara ini juga telah dipanjangkan pada urusetia. Terima kasih pada semua yang membantu. Pada 28/9/12 (jumaat) seusai abis kursus, penulis terus pulang ke rumah untuk dengar bajet 2013 oleh PM. Thanks PM sebab bagi bonus sebulan setengah..lagi setengah tu dah burn masa raya lepas..hihihi.

Berjumpa lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...